Saranghae
Tick tock tick tock, 4 tahun sudah berlalu. Memang rasa sekejap sangat 4 tahun tu, khamis dan jumaat hari terakhir aku akan menghadiri kelas bagi semester terakhir tahun akhir. Minggu depan study break seminggu lepas tu final exam semester 8 dan terakhir presentation final year project. Sedihnya nak tinggalkan zaman kolej ni.Rasa berat sangat nak pergi untuk ke stage seterusnya sama ada bekerja atau continue study, have not decide yet. Yelahkan bak kata pepatah "Setiap pertemuan pasti ada perpisahan" Aku kena redha, tabah, kuat, move on sebab ini bukanlah sesuatu yang terakhir dalam hidup aku sebab akan ada banyak lagi cabaran, situasi yang akan aku lalui di masa hadapan nanti.
Aku nak cerita mula-mula aku menjejakkan kaki ke Kolej Yayasan Pendidikan Cheras(YPC) di Maluri tapi sekarang nama kolej dah upgrade, Kolej Antarabangsa YPC. Hebat! Aku masuk kolej tu pun sebab management situ call tak henti dan offer banyak course pada aku. Pada mulanya, aku tak berminat langsung nak sambung belajar di situ tapi bila management situ mentioned kolej ada tawarkan Foundation sekali dengan biasiswa Tun Mahathir, ibu aku dah mula excited. Ibu aku punca utama aku terlibat dalam kolej tu. Ibu aku kata foundation lagi bagus sebab tak perlu study Diploma sampai tiga tahun. Foundation hanya ambil masa setahun saja lepas tu terus ke Degree. Foundation kalau buat dekat University atau College lain bayaran course tu mahal tapi YPC College tawarkan Foundation sekali ada biasiswa, ibu aku terus setuju. Aku pun masuk kolej tu dengan ada 10% penyesalan sebab aku tak minat course yang ditawarkan tu. Aku nak ambil course photographer dengan videographer semua tu tapi lain jadinya. Bila dah masuk tu, aku tak boleh nak patah ke belakang lagi sebab the whole family semua suka sangat dan setuju. Aku pun terus je study situ sampai sekarang tanpa penyesalan sebab aku dah mula minat dalam bidang coding, programming ni tapi yang buat aku punya result huru-hara sikit sebab ada course business, bila ada business mesti ada finance. Aku tak suka finance atau apa-apa je yang berkaitan dengan kira-kira yang complicated ni sebab memang dari sekolah menengah aku tak suka. Tapi kira duit aku suka.
Bila dah masuk tu aku suka, minat dalam coding aku teruskan juga. Tentang pelajaran finance tu aku gagahkan diri juga study sampai dapat lulus untuk setiap sem. Alhamdulillah walaupun tak dapat A dari foundation dalam subject finance tapi masih lulus. Janji tak kena re-sit exam. Syukur Alhamdulillah.
Classmates semua memang best berkawan dengan diorang. Kebanyakkannya friendly, funny, nerd dua orang je (Yee Zheng dan Tuck Weng) lain semua tu gila-gila. Yang paling sedih nak berpisah nanti ialah Kak Novida dengan hani sebab diorang dua tu suka gila kpop semua ni. Aku suka cerita tentang EXO, diorang layan je sampai setiap hari aku cerita tentang EXO pun diorang okay. Diorang pun kpopers juga jadi kira macam sejiwa. Thanks Hani dengan Unnie! Saranghaeyo!!! Kalau tentang download illegal movie, drama, aku suka dekat Nasir. Dia tu semua cerita ada kalau aku nak. Aku cakap je mesti ada. Kalau tak ada, dia boleh tolong downloadkan dengan FOC. Kalau tentang explore sana sini, aku suka tanya Farisa sebab segala persoalan aku semua dia boleh jawab dan trusted source. Tanyalah apa-apa dia boleh jawab. Kalau tentang agama, aku suka refer pada partner aku, kita dua orang dari foundation sampai sekarang duduk bersama dalam class, dia professional dalam part agama-agama ni. Ada rasa was-was boleh refer pada dia. Atiqah, saranghae!!! Partner in crime iaitu Izzati dan Jainab, kita orang suka berborak tentang perkara yang pelik, gosip yang aneh, semuanya pelik. Hanya kita orang dan Atiqah je faham apa yang kita orang borakkan dan maksudkan, orang lain nanti mesti akan macam 'Huh?'
Dalam belajar-belajar tu takkan aku tak ada yang berkenan kan. Mesti ada tapi dari course lain. He's chinese guy, aku terpikat dengan dia sebab muka dia terutama bahagian mata dan kening dia seiras dengan bias aku, Oh Sehun! Sama sangat. First time aku jumpa dia, aku dah mula scan part dua tu dan sama macam Oh Sehun. Wah! Lagi buat aku gila. Tapi sampai sekarang aku tak pernah bertegur sapa even say 'Hi!' atau senyum pun. Hanya pandang dari jauh dan terserempak di cafe, discussion room, in front of class dan depan computer lab. Itu je but still made my day. Everyday is happy day as long as aku terserempak dengan dia. Ada hari tu seminggu tak nampak muka dia dekat kolej, boleh demam rasanya cuma aku prevent demam tu dengan usha dia dalam facebook. Easy man, world now is modern in technology, apa susah. Aku suka dia tu tak bermakna aku betul-betul mendalami suka pada dia, tak.. Aku hanya setakat suka, means macam ada crush di kolej macam tu lah. Thanks Kelvin because appeared in my life even for short-term.
Lecturers semua memang baik-baik. Setakat ni yang aku kenal lecturers baik-baik. Yang garang tu mesti ada, mana ada lecturer yang tak ada sifat garang dalam diri mereka. Aku berkelakuan baik lecturer tak ada garang dengan aku. Alhamdulillah. Aku rapat tak rapat sangat dengan lecturer programing, Miss Mai Syazanana. Miss Mai best, study coding dengan dia tak stress, malah dia ialah supervisor FYP aku. Syukur sangat dapat pilih dia jadi supervisor sebab dia banyak membantu dalam bagi memperbetulkan kesalahan coding serta grammar aku dalam documentation. Terima kasih Miss Mai! Saranghae!!!
To:
Lecturer & Classmates FBI, BEM
Thank you very much for your kind, happiness, dan bersabar dengan aku punya kesihatan yang terjejas sebab selalu buat korang semua terganggu dengan bunyi cough aku. Minta maaf sangat-sangat kalau ada rasa terganggu. Terima kasih sangat-sangat sudi beri tunjuk ajar dalam setiap subject, coding, segala pertanyaan dan layan karenah aku selama korang mengenali aku.
Terima Kasih :)
From:
xoxo Qistina Shah