Time move really fast.

Pejam celik pejam celik usia aku sekarang sudah menginjak ke 2nd series (maknanya aku akan menginjak ke usia tua, get ready je lah). Aku dapat rasakan bahawa masa berlalu dengan pantas sehingga aku merasakan seolah-olah aku baru menamatkan sekolah semalam. Tak, salah, aku merasakan bahawa aku dilahirkan begitu cepat dan singkat. Aku dilahirkan semalam dan hari ini aku sudah pun mahu menamatkan pengajian ijazah hanya dalam beberapa minggu sahaja. Kawan-kawan aku lagi lah, ada yang sudah berumah tangga, ada yang sudah ke alam pekerjaan, ada yang sudah ada anak dua tiga, dan ada juga yang masih belajar (macam aku) ada study diluar negara, dalam negara Malaysia pun ada. 

Berbalik kepada tajuk, aku berasa syukur Alhamdulillah aku masih bernyawa lagi untuk meneruskan hidup serta memperoleh amal sebanyak yang mungkin untuk dibekalkan disana nanti. 

Comments

Popular Posts