Assalammualaikum and hi!
Kali ini kami pergi bercuti di Port Dickson yey! Yes, I know PD jer tapi rasa seronok sangat because I went there with my best friends dan its our first time going trip together walaupun kekurangan seorang tapi alhamdulillah kerana perancangan kami tercapai.*tepuk tangan*
Okay sekarang aku nak story tentang percutian kami di Port Dickson. Let's start!
Pagi hari itu around 9.30 o'clock in the morning Yaya fetch me up di rumah aku then teruskan perjalanan ke Port Dickson. Ha'ah aku orang terakhir dia ambil sebab rumah Nurul Ain, Usmatun dengan Yaya berdekatan so you guys clear about it, okay good :3 Masa dalam perjalanan kita orang rasa teruja, gembira, risau a bit, berborak tentang what will happen when arrived at the destination nanti nak mandi dulu ke, nak check in dulu ke, makan dulu ke yahh~ itu apa yang kami borakkan di dalam kereta sepanjang perjalanan.
Bila dah sampai (hampir sampai) kita orang pergi breakfast dulu di restoran mamak (sorry, I didn't noticed the name of the restaurant tapi yang penting halal) because I can't live without milo ice and roti canai, milo ais mamak terbaik I admit it *double thumbs up* Selepas breakfast kita orang teruskan perjalanan menuju ke hotel yang Yaya dah booked a week before, nama hotel kita orang check in Cozzy Hotel. Hotel itu memuaskan lah juga sebab itulah satunya hotel yang dikira dekat dengan pantai dan selamat serta nyaman juga lah, hotel yang lain fully booked. Aigoo~
Dah settle check in kita orang ke Pantai Nelayan yang Yaya suggest kan, tapi sebelum itu kita orang pergi beli Coconut Shake di Teluk Kemang dulu, dekat situ coconut shake yang kedua tersedap selain Coconut Shake Power di area PD juga tapi aku tidak tahu jalan nama yang jual Coconut Shake Power tu. Dua-dua sedap. Sampai di Pantai Nelayan, kita orang lepak santai situ release stress tension apa sahaja yang membebankan, buang-buang hehe :3 By the way, million thanks to Yaya sebab dia ada bawa tikar comel siap-siap kalau tidak berpasirlah seluar kami, Yaya the best *thumbs up*
Selepas dah release semua, kita orang pergi cari kedai makan. Isi perut dulu selepas itu mandi pantai Teluk Kemang. Kita orang balik hotel tukar baju then mandi. Yahoo! Sebelum mandi itu, Yaya dengan Nurul Ain asyik ajak main banana boat, aku waktu itu takut yang tahap takut sangat sebab aku tidak pernah cuba sebelum ini. Berdebar-debar di hati, akal fikiran serabut sebab hanya fikir nak main ke atau tidak banana boat sebab Yaya kata dah sampai PD ni rugi juga lah kalau tidak mencuba banana boat sebab itu salah satu tarikan pelancong di PD. So aku dah terkena hasutan yang baik oleh Nurul Ain dan Yaya, aku main juga dengan berdebar-debar tapi unfortunately Usmatun tak nak ikut serta, dia gementar juga (aku assume saja sebab muka dia panik juga masa tu kuikui :3) jadi kita orang tak nak paksa, mungkin lain kali kalau ada rezeki. Actually banana boat ni kita boleh decide sendiri nak jatuh ke tidak, perjalanan tu nak jauh ke nak dekat. Baru aku tahu heheh (knowledge tu) Masa abang staff tu bagi kita orang safety jacket aku dah gelabah, Yaya kata dia orang juga takut juga, jangan macam ni jadi aku cuba tenangkan diri then naik ke banana boat tu. Alhamdulillah best friends aku ni yang prihatin, diorang bagi aku duduk bahagian tengah, Yaya pula ingat duduk bahagian belakang tapi actually depan hahah (sorry Yaya, aku rasa agak kelakar sikit) dan Nurul Ain duduk bahagian belakang. Masa abang staff tu bawa boat tu aku dah mula genggam pemegang dengan sekuat hati dan kepit kaki sekepit-kepitnya sebab aku paling takut jatuh. Yelah, dahlah aku tak reti berenang walaupun ada safety jacket but still aku akan panic nanti. Best gila masa bermain banana boat tu, aku jerit, kita orang boleh berborak lagi, masing-masing dah kena air masin masuk mata (pedih tak berapa pedih sangat lah mata tu) best sangat tapi kali tu sajalah no next time maybe. Lepas main tu, aku baru perasan aku punya jari luka, aku perasan sejak main pasir terasa pedih sangat (hanya Tuhan serta orang yang berpengalaman je tahu rasa pedih tu) tidak mengapa, pengalaman mematangkan aku :) (eh? heheh)
Keesokan hari kita orang check out tengahari, pergi breakfast then pergi ke Pantai Burung dan rumah upside down. Bergambar sampai puas hati dan balik. Wah, bila diingatkan kembali masa tu best sangat. Kita orang pergi masa 29/4 2016 sampai 30/04/2016. Terima kasih korang. Lebiu :)